Wednesday, 28 September 2011

Apa Nak Jadi dengan Kau?

Amira,
apa nak jadi dengan kau sekarang?
kau sedar tak apa dah jadi dengan diri kau?
mana diri kau yang dulu?
mana Amira yang dulu?


Amira,
kau sedar tak markah tutorial kau menurun?
kau sedar tak kau tak focus dalam kelas?
kau sedar tak kau takde rasa nak buat assingment?
mana Amira yang dulu?


Amira,
kau sedar tak kau sangat pendiam sekarang?
kau sedar tak kau suka menyendiri sekarang?
kau sedar tak kau allergic tempat bising sekarang?


Amira,
aku nak tanya dengan kau sekarang..
mana kau yang dulu?
mana kau yang sangat ceria suatu ketika dahulu?
mana kau yang kuat makan suatu ketika dahulu?
mana kau yang terlalu banyak cerita suatu ketika dahulu?
boleh kau jawab aku tanya?



Amira,
aku sebagai aku nak pesan dekat kau,
aku nak kau kembali menjadi Amira yang dulu..
aku nak kau bangkit
aku nak kau tepis segala apa yang dah jadi
kau tak bersendirian
InsyaAllah...


Amira,
kuatkan diri kau..
keluar dari tempat yang gelap ni..
lepaskan tali yang menyesakkan dada kau
bebaskan roh dalam jasad kau
dia perlukan ruang
kau masih ada akal fikiran
hati dan perasaan




aku mintak dengan kau
kuatkan semangat kau
hidup kau
diri kau
hati kau
jasad kau
perlukan 'kau'
AMIRA 
AMIRA yang dulu







Tuesday, 27 September 2011

kalau dah jodoh tak ke mana

terbang lah sampai langit ke tujuh
menyelam lah sampai dasar laut
daki lah gunung sampai puncak tinggi
larilah sampai hujung dunia
gali lah sampai perut bumi


kalau dah jodoh tak ke mana......

Tuesday, 20 September 2011

penyakit: TIDUR DALAM KELAS

       Hari ini aku tak tahu lahh penyakit apa yang serang aku sampai aku mengantuk macam orang tak tidur 10 hari..seriusly,aku memang kuat tidur dalam kelas..wahhh..pengakuan maut nyahhh...tapi betul lahhh..sejak aku sekolah rendah lagi..sampai cikgu cikgu pun da naik masak dengan aku..kalau dulu aku tak kesah sangat tidur dalam kelas..sampai kawan-kawan aku siap cakap "selamat pagi" kat aku bila aku da bangun tidur.

       Tapi sekarang dengan azam dan tekad yang menggunung demi mencapai impian ibu bapa yang dipikul di bahu..cehhh..over pulak.. aku tukar attitude aku..tiap-tiap hari aku cuba sediakan berkepuk-kepuk gula-gula dalam beg aku..kalau tak sempat beli kirim kat kawan-kawan yang jadi mangsa aku untuk belikan sugus kat kedai mamak tu..tapi kadang-kadang lupa jugak aku nak membelinya..tapi hari ni memang lain macam sikit penyakit nya..bukan main mengantuk lagi aku nih..haihhhh


       Oleh yang demikian aku cuba lahh untuk mengatasi penyakit aku nih..sebab dahsyat sangat dahh..dalam kelas programming aku tidur dengan jayanya..sambil diulit pendingin hawa yang enak..pehhh..bangun je tidur lecturer tengah memebebel pasal mathematics..jadah..aku salah kelas ke?okay fine..memang maths termasuk dalam programming..nampak tak aku ngigau kat situ..sumpah tak malu


      Aku pun mintak tolong cik google selesaikan masalah aku nih...wahhh..macam macam aku jumpa..tapi yang berikut adalah yang terpilih:



1.kunyah chewing gum pastu lekat kat kerusi kawan

                     2.sapu minyak kapak kat kerusi kawan pastu tengok dia kepanasan


           3.Amek i/c kawan pastu gelakkan gambar i/c die

 4.         kumpul batu batu kecik pastu baling kat budak perempuan                     yang                  pakai tudung pelik-pelik


                                                                           5.kalau lecturer lelaki cakap zip seluar terbukak




                                6.Jual popcorn dalam kelas


              7.misscall number lecturer banyak-banyak kali


         8.pergi kelas pakai kain kapan      pastu                   duduk sebelah lecturer

                                           9.hidu gam


       10.buat muka marah pastu tenung lecturer         lama-lama sambil genggam pembaris

                                                    11.cepatkan jam dewan kuliah



 tapi ini semua tips yang sesat laa kan...kalau nak baik sikit..
1.bawak bekal air mineral ke...
2.Cari seat yang dekat dengan lecturer supaya nampak dan dengar dengan jelas
3.salin notes..yela..kalau duduk melopong je memanglaa ngantuk kan
4.main game ke..tapi jangan melampau sangat laa..
5.message mak ayah korang cakap.."mak,ayah,adek dalam kelas ni..doakan adek berjaya..
6..paling penting..betulkan niat kita..tekadkan hati untuk belajar..bukan sekadar suka-suka.. 

         Tapi kalau nak ikutkan cara aku..mungkin...
1.telan sugus banyak-banyak sampai rasa tekak perit
2.berangan sesuatu yang menarik macam prince charming datang melamar naik kuda puteh berangan dapat kerja baik-baik pastu hanta mak ayah pegi umrah kee...
3.buat-buat faham tapi menganjing sebenarnya..
4.kacau kawan sebelah yang macam good good je buat buat faham 



   Tapi jangan diikutkan kan sangat ngantuk tu..mata tu jangan dimanjakan sangat..


kalau kita tidur comel macam ni takpe jugak kannn...




     
 

tapi kalau rupe ni tidur..baek tak payah laaaa


So.the conclusion is..we,as a student must avoid this kind of sickness and try our best to achive our dreams..sleeping in the class is just damage our future in a seconds.



  MIRAE

Saturday, 17 September 2011

apabila dibuli

Pada satu hari, --' macam dolu dolu pun ye style..old school..pada suatu petang yang hening dan lembap dek kerana hujan yang lebat..seorang kakak yang sulung berkata kepada adek yang bongsu..

             "adek,pegi bukak video abracadabra,kite tengok same same,pakai laptop ebit"
              lalu adek berkata,"okay akak yang sulung"

lalu adek yang bongsu menyuruh ebit anak tengah mengeluarkan laptop dan membuka laman youtube dan search video abracadabra..lau ebit anak tengah buat tak tahu dan hanya berkata "lalalalalalalala......"



kemudian adek yang bongsu mengadu pada kakak yang sulung ,,
    
          "akak,ebit taknak bukak video tu "
           lalu akak yang sulong berkata "apa?die tak nak bukak?"

lalu mereka berdua iaitu kakak yang sulung bersama adek yang bongsu datang ke arah ebit anak tengah dengan eksperesi wajah serupa jin dan mengepung ebit anak tengah yang sedang berehat dek kerana tak berapa sehat.

kakak sulung berkata "ebit!pegi bukak laptop sekarang..akak tahu lepas akak dengan adek makan video abracadabra dah tersedia "
adek bongsu segera menghenyak kaki nye ke arah ebit yang lemah..kakak yang sulung menekan kepala ebit anak tengah..dan semestinye ebit anak tengah tak mampu melawan tenaga mereka berdua..
dalam adek beradik,ebit anak tengah paling kurang tenaga..adek bongsu pun ebit tak mampu lawan..

dengan lemah ebit anak tengah bangun dan mengeluarkan laptop nye dan buat apa yang dikehendaki oleh kakak sulung dan adek bongsu..

 "berani dye nak lawan kite kan adek"dah la lemah..kakak sulung berkata..lalu mereka ketawa terbahak-bahak...

siod betul lahhhhh..

ebit anak tengah yang malang --'

Sunday, 11 September 2011

tak serupa bikin

mulut kau

longkang lagi mulia

gigi kau

lembut gigi dari lidah

mual muntah aku

apakah kau?

lembu cucuk hidung






konon kau seputih salju

sesuci malaikat

sebersih air di puncak gunung


semurni embun pagi

tapi kau anjing di bayang-bayang

buaya khianati tuan

si gila keluar hutan



mari sini aku pekik pada cuping kau
aku tak bodoh
aku boleh sepakat sama bapak syaitan
aku boleh selam ke lautan bumi
aku boleh peluk matahari
agar kau nampak dan tak buta tentang aku
bangkai



hanyalah perumpamaan aku untuk menerangkan
yang aku kuat
walaupun hanya dusta
aku terdaya







mirae

Saturday, 10 September 2011

terlupe ada blog

Dah lama aku tak update blog..mungkin agak ketinggalan sedikit..sebab sebelum ni memang aku banyak cerite menarik yang boleh aku share kat sini..tetapi malangnya aku tersangatlah malas nak update blog baru-baru ni..kenapa malang?pada aku malang laa sebab banyak peristiwa menarik aku terlepas nak update,,kalau tak nak tahu dahh..sikit pun tarakk heran.

alamakkk..aku dah lupe cerita raya aku..bole ke nak cerita pasal raya lagi?macam dah basi..aku sendiri pun bosan pasal raya..kat facebook.masing masing pakai dp raye..post mintak maaf lahhh..aku tak pun kann..perasan macam takde dose je --' dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin :)


baju raya?warna hitam..melambangkan kemuraman,kesuraman,keperitan dan pelbagai jenis per lagi...kuih raya pulak?sejak lahir memang tak pernah buat kuih raya..trust me :)


seems like i've been so busy nowadays,i would like to give my blog a rest..dear blogs..i love you and i will never delete you..just give me some time and hope i will update you as soon as possible..rest in peace :) haha

mirae