Saturday, 28 January 2012

I might not be perfect but neither are you, so go check your mistakes first before judging me.

Friday, 27 January 2012

satu hari nanti

Jika satu hari nanti semuanya berakhir dengan jelas..
tanpa keraguan hanya hati yang tekad
berlalu pergi ke arah jalan yang lain
mungkin lebih sinarnya..

Cuma perlu kau tahu
ketika itu...
aku masih di tempat yang sama
nombor telefon yang sama
rumah yang sama
nama yang sama
dan mencurahkan isi tulisan di laman yang sama
kalau-kalau kau mencari jejak aku
ya aku di bumi yang sama

aku tidak mahu lagi menghilangkan jejak ini
biarlah takdir menentukan segalanya
aku..tiada kuasa..

Hari ini dia berkata tinggalkan tempat ini
hari ini dia berkata tinggalkan keraguan ini
hari ini dia berkata tinggalkan hubungan ini
hari ini dia berkata tinggalkan simpulan ini
esok lusa Dia berkata tinggalkan dunia ini

Maka ketika itu...
kau cuma perlu tahu..
aku masih kuat..
untuk berpegang teguh







Thursday, 26 January 2012

19 tahun sudahhh.

23 Januari- Isnin, hari lahir aku yang ke 19...aku bersyukur masih dipanjangkan usia dan masih berpijak di bumi yang nyata..terima kasih pada yang ingat dan setinggi terima kasih pada ibu sebab buat jamuan untuk aku..terima kasih pada family yang sambut..dan terima kasih pada mereka yang hadiahkan aku bunga api dan mercun pada malam birthday aku..mungkin sebab kebetulan birthday aku sama hari dengan tahun baru china..jadi aku dapat lihat fireworks besau besau malam tu..Alhamdulillah...

terima kasih pada adila sebab surprise itu..thanks dear..dan terima kasih untuk kopi and his family, Cikgu Rosleen and uncle ismail sebab bagi mira makan sedap sedap malam tu..terima kasih pada kopi jugak..

terima kasih pada kawan-kawan di mersing sebab sambut birthday aku...

suke sangat:)
cake ni sedap okay..siapa nak challenge?






satu hari sebelum birthday..ada kenduri kat rumah atok...sangat bergumbira sebab lama tak lepak dengan saudara mara..pakcik dan makcik..tapi tak semua ada sebab tak ramai yang pulang ke kampung halaman..


angah :)


ini tiga budak putih memang nakal..nasib baik adek sedara jee :D





untuk tahun ini, melangkah ke alam baru..usia baru..aku tak harap yang tinggi..aku cuma nak capai kebahagiaan dengan insan-insan yang aku sayang..aku terlalu mendambakan kebahagiaan..Insyaallah...

Saturday, 14 January 2012

masak owhh masak

memandangkan hari ini hari sabtu, aku dan iekin pun plan nak pegi joging..kitaorang naik sampai bukit cantik and for sure the view on top of bukit cantik memang awesome..untuk seketika hati aku boleh terbang jauh masa kat atas bukit tu..tenang..bebas..thats what we call life!

lepas joging aku dan iekin teman wanie pergi pasar..beli ikan..sayur..belacan dan lain-lain..rasanya sepanjang 15 tahun nih baru pagi tadi aku masuk pasar..maksud aku pasar yang macam itu..jual barang basah..ikan, udang, dan yang mengejutkan ikan masih hidup pun ada kat situ..aku macam...erkkk..kenapa ikan nih dijual hidup hidup..then bila ikan ni nak mati..mati secara perlahan-lahan?hoooooo...kejam..but thats fact! mungkin pada orang lain bende tu normal..tapi aku agak jakun...  -,-

sebelum nih bukan tak pernah pergi beli barang basah tapi biasanya masuk giant atau supermarket yang bukan macam tu lahh...wanie pesan kat aku..cari la ikan..bilaa lagi nak belajar...owhh..ya memang berminat nak belajar tapi tadi mungkin penat lepas joging..tu yang rupa lemah kannn...hehe..

lepas pergi pasar bermula lahh proses masak memasak..potong-potong..basuh pinggan..masak ini..masak itu...kalau ada 5 bahan bermaksud kita akan menggunakan 5 pinggan dan itu belum termasuk kuali, pinggan yang kita makan, cawan, pisau, sudu,..wohhh..banyak gila perkakas yang perlu dibasuh..

pada aku makan kat kedai lebih mudah..menjimatkan masa..yela kalau nak nasi putih dan lauk pergilah kedai yang jual nasi dan ada lauk..lagi banyak pilihan dan jimat masa..kalau kat rumah kan banyak proses..tapi wani sekeras-kerasnya bantah idea sengal aku itu..ya..siapa pun tak setuju aku rasa..tapi pada aku makan di kedai jauh lebih mudah..kalau kat rumah lepas makan kene kemas pinggan dan kuali..bila siap kemas aku dah lapar balik..macam mane??

kesimpulannya..masak di rumah memang memenatkan...tapi sebagai perempuan sangat penting untuk jadi pandai masak..credit for wani..dye memang excellent..tapi aku? aku juga satu hari nanti..insyaallah...wani cakap masakan isteri itu pengikat antara suami dan isteri..ea???  okay nanti aku belajar masak...percayalahhhh...

Wednesday, 4 January 2012

dalam kegelapan

Penat. Jalan yang dihamparkan begitu samar. Tubuh masih terasa sakit. Hati ini masih terluka dalam manakala darah yang kabur masuh mengalir. Siapa yang boleh mengerti. Jiwa ini seakan-akan menjerit minta dibebaskan. Sesak.Hilang panduan. Hilang bimbingan. Terkapai-kapai mencari jalan yang benar dahulu yang kini telah hilang...

Dalam kegelapan ini masih ada cahaya terang..namun cahaya masih belum mahu muncul..sabar..



Aku mahu menjadi gadis yang kuat..bukan sekadar mampu mengalirkan air mata.


Nanti aku berlari hingga ke hujung dunia..Apabila darah aku sudah tidak mampu mengalir..hati aku sudah tidak mampu terdetik..apabila fikiran aku sudah keras untuk berfikir waras..

Rugi rasanya...