Jika satu hari nanti semuanya berakhir dengan jelas..
tanpa keraguan hanya hati yang tekad
berlalu pergi ke arah jalan yang lain
mungkin lebih sinarnya..
Cuma perlu kau tahu
ketika itu...
aku masih di tempat yang sama
nombor telefon yang sama
rumah yang sama
nama yang sama
dan mencurahkan isi tulisan di laman yang sama
kalau-kalau kau mencari jejak aku
ya aku di bumi yang sama
aku tidak mahu lagi menghilangkan jejak ini
biarlah takdir menentukan segalanya
aku..tiada kuasa..
Hari ini dia berkata tinggalkan tempat ini
hari ini dia berkata tinggalkan keraguan ini
hari ini dia berkata tinggalkan hubungan ini
hari ini dia berkata tinggalkan simpulan ini
esok lusa Dia berkata tinggalkan dunia ini
Maka ketika itu...
kau cuma perlu tahu..
aku masih kuat..
untuk berpegang teguh
No comments:
Post a Comment