Monday, 22 October 2012

situ wujud ketenangan

Lihat air laut
warnanya jernih
kalau pun keruh, itu bukan salah sesiapa

Lihat air laut
ombak berebut-berut mencium pasir pantai
kalau pun pasir kotor, itu bukan salah sesiapa

Lihat air laut
muzik ombak begitu menenangkan
kalau pun tidak, itu bukan salah sesiapa

Depakan tangan kau
pejamkan mata kau
saksikan indahnya langit
rasakan lembutnya bayu laut
nyanyikan musik ombak
ini hebat
apa yang mampu menandingi alam ini?

Mengapa masih ada manusia tuli yang mahu hancurkan semua ini?
mengapa masih ada manusia berkuku besi mahu menghapuskan kurniaan ini?
MasyaAllah.

jangan hancurkan semua ini
kerana di situ wujud ketenangan.

by-mirae hd

No comments:

Post a Comment