aku tidak akan tunduk
patuh ku jauh sekali
tidak aku gentar melawan renung mata mu
kerana aku kini seberani pahlawan
kalau kau kira ingin menjatuhkan aku
kalau kau kira kau bisa menghunus pedang pedih ke diri ku
kalau kau kira kau mampu memanggil air mata ku jatuh berjurai
maka kau silap
telah aku cermin diri ini
puratanya aku kelihatan lemah
jauh sekali gagah sekental sri kandi
namun setelah ditambah, tolak, darab dan bahagi
rohaniku kukuh
jiwa ku begitu utuh melawan setiap yang datang menusuk
maka aku tegaskan
betapa silapnya engkau
niat kau yang ingin melukakan hati
hanya angan-angan
hati telah lama terluka, darah juga masih mengalir, maka tusukan itu sedikit pun tidak tercalit
kau silap!
mirae hd


No comments:
Post a Comment