Kalau kau lihat sekarang
bumi makin panas
aku agak lapisan atmosfera semakin tipis
salah siapa?
manusia begitu hebat dalam menuding jari
namun rebah saat perlu bukti
aku juga begitu barangkali
cuma dalam sedar atau tidak sedar
ya aku tidak sedar bumi semakin kering
tidak aku sedar betapa gentingnya keadaan bumi sekarang
begitu juga hati aku
tidak aku sedar apa yang aku kejar
sama sekali tidak aku sedar apa yang dicari
yang disayang sudah lama pergi
cinta aku sudah lama tiada hilang ditelan cerita-cerita tidak aku tahu kesahihannya
yang dulu pernah berjanji setia selagi hidup
kini hilang ditelan bersama peredaran zaman dan terus lesap
tanpa berita
namun yang makin sakit
kerana aku masih cinta
kerana aku masih rindu
lantas keegoan ku maka terbuang semua
entah. kosong
bumi yang kering, ku pohon hujan turun
hati yang kering, ku pohon disirami cinta dan kasih sayang
mirae hd

No comments:
Post a Comment