Panjangnya tajuk aku kan..kalau buat tajuk buku agaknya takde orang nak beli..
kehidupan di kampus memang laa sangat mencabar..setakat aku hidup beberapa tahun kat kampus nih..maksud aku beberapa bulan..macam-macam orang aku jumpa..yang begini yang begitu yang begituni..ishh..kalau disenaraikan mahunya pecah jari jemari aku menaip..
Bila class dibatalkan..lecturer takkan nak bagi tahu sorang-sorang dalam kelas kan..lecturer akan inform pada head of class dan makhluk Allah yang terbabit itu bertanggugjawab besar untuk menghebahkan berita tersebut kepada semua rakyat jelata nya..dan berita tersebut mestilah benar-benar tersebar luas..bukan setakat update status kat facebook dan beranggapan semua rakyat jelata dah tahu..
Apalah salah kalau head of class tu inform beberapa orang perempuan dan bukan hanya inform pada kaum yang sejenis dia je..boleh fikir tak?hey kau yang berkaum lelaki..tunjukkanlah yang kau tu benar-benar layak jadi head of class..bukan pada dasar name semata-mata..DASAR!
Oleh sebab kami ada pemimpin yang tidak nak berapa sangat..atau...head of class yang so so laa kan..terdapat beberapa rakyat jelata yang menjadi mangsa pergi mendaki puncak di gurun..sebaik sampai puncak..rakyat jelata yang malang itu tengok takde sape untuk dibual bicara..kosong..hanya mereka dua orang yang malang..
Jadi dua rakyat jelata yang malang itu pun turun lahh puncak dengan rasa marah namun disabarkan hati mereka..yela..kan bulan puasa..tak elok marah-marah..semua orang takde..mereka yang tertipu..tak lame lepas itu..handpone rakyat jelata yang malang itu berdering..zaman batu pun dah ade handphone taw = ='
rakyat jelata yang lain called rakyat jelata yang malang itu dan bertanyakan yang malang itu tentang bual bicara yang batal itu..lalu rakyat jelata itu mengamuk dan menggunakan bahasa kesat memarahi rakyat jelata yang malang itu kerana tidak inform bual bicara telah dibatalkan...err..faham kah apa yang aku merepek nih =)
Rakyat jelata yang malang itu pun rasa sangat teraniaya kerana head of class..berikutan head of class tak inform semua rakyat jelata yang bual bicara telah dibatalkan..rakyat jelata yang laen telah memarahi rakyat jelata yang malang itu..KASIHAN RAKYAT JELATA YANG MALANG ITU.
MORAL OF THE STORY,,kalau kelas dibatalkan..tolong-tolong lahhh sebarkan dengan baik..dan kalau anda dah pergi kelas tengok takde lecturer dan classmates yang laen..jangan lahh nak marah atau maki orang laen yang juga mangsa keadaan.
Tapi ape kene mengena cerita nih dengan tajuk aku tu?
hati aku panas sebab ada orang marah aku kerana kecuaian head of class. =(
Monday, 8 August 2011
Friday, 5 August 2011
hati yang senang ialah perut yang kenyang
Alhamdulillah..hari ni berjaye menamatkan ibadah puase dgn jayenye..menamatkan?maaflah kalau salah..tapi hari ni lain sikit lahh care berbuke nye..kebiasaannye.,aku akan buke..thosai yang dibeli di kedai mamak..yela..kite kan satu Malaysia..hehe..atau nak mengade sikit buke hotouch burger kat marrybrown yg pekerja dye sume muke ketat masam mcm cuka,,serius menyampah!
hari nih special sikit sebab berbuka air tangan wani..cehhh..serius sedap..rase mcm berbuke masakan ibu dan ayah..tapi yang aku suke ialah sayur campur dan ikan bilis gorng..aku?tolong potong bawang je..ekeke..
ape pun...i love you wani! sodap btul hang masak!
hari nih special sikit sebab berbuka air tangan wani..cehhh..serius sedap..rase mcm berbuke masakan ibu dan ayah..tapi yang aku suke ialah sayur campur dan ikan bilis gorng..aku?tolong potong bawang je..ekeke..
ape pun...i love you wani! sodap btul hang masak!
Thursday, 4 August 2011
ayah
Aku merintis syahdu
tangisan terus terusan mendakap aku
pipiku tidak jemu menangkap rembesan air mata pilu
jari jemari ku terus menyeka air mata yang jatuh beribu
hatiku cuma satu
namun yang satu ini jugalah terpaksa menanggung seribu satu perasaan menghimpit kalbu...
Tidak aku rela melihat ayah menderita
Tidak aku rela ayah disakiti
Tidak aku rela ayah dikecewakan
Namun cuma aku yang terus melukakan hati ayah tanpa belas ihsan
Ingin aku dakap tubuh sasa ayah
Ingin aku kucup wajah ayah
Ingin aku cium tangan ayah
Memohon ampun kepada ayah yang aku sanjung
Betapa aku terlalu menyayangi mu AYAH
Mengapa aku tidak mampu membuat ayah tersenyum?
Mengapa aku tidak pernah memberi ayah peluang merasa erti kebahagiaan?
Mengapa aku merelakan aku yang jijik ini terus membakar hati ayah?
Mengapa aku tidak berusaha menjadi yang terbaik?
Sedangkan aku tahu hanya kejayaanku penawar bagi segala luka ayah..
Mata aku sebagai perakam setiap detik
menonton segala perit getir ayah membesarkan aku dan adik
melihat betapa ayah cuba memujuk hatinya yang kesunyian demi kami
betapa ayah terlalu menjaga kami sehingga ayah terlupa hati ayah berteriak inginkan peneman
kami rela...
demi ayah..hadirlah dia...
jagalah ayah..sebagai mana yang telah dijanji..
janganlah sekadar menanam tebu di tepi bibir..
Ayah..
andai diri ini mampu memutar kembali masa,
andai diri ini mampu menakluki kuasa,
andai diri ini mampu mendukung dunia,
tidak aku biar ayah merasa pahitnya kehidupan ini,
akan aku limpahkan ayah dengan segala yang manis di dunia ini,
dan aku melambai ayah yang sedang bermain di taman syurga..
Ayah..
ingin aku tampung segala susah payah hidupmu..
ingin aku tukarkan hati mu yang telahpun berkecai ditusuk getir hidup dengan hatiku..
biarlah aku mengambil alih segala pahit dan cela hidupmu..
Ayah..
aku lemah..
aku gagal..
aku tidak sehebat mu ayah..
Namun akan aku bangkit satu hari nanti..demi membela nasibmu..
Akan aku ukir senyuman semanis madu pada raut wajahmu..
Dan akan aku pastikan tidak ada sapa yang mampu menghapuskan senyuman itu..
Itu janji aku..
sekarang aku gagal..
sekarang aku hanya mampu menghadiahkan kekecewaan kepada ayah..
sekarang ayah terlalu berkecil hati kepada aku..
namun tidak satu hari nanti
anak manja yang pernah ayah sayang dulu akan kembali
kembali menjadi anak yang ayah harapkan!
Subscribe to:
Comments (Atom)