Monday, 8 August 2011

panas luar dan dalam di pagi hari yang hening

Panjangnya tajuk aku kan..kalau buat tajuk buku agaknya takde orang nak beli..

kehidupan di kampus memang laa sangat mencabar..setakat aku hidup beberapa tahun kat kampus nih..maksud aku beberapa bulan..macam-macam orang aku jumpa..yang begini yang begitu yang begituni..ishh..kalau disenaraikan mahunya pecah jari jemari aku menaip..


Bila class dibatalkan..lecturer takkan nak bagi tahu sorang-sorang dalam kelas kan..lecturer akan inform pada head of class dan makhluk Allah yang terbabit itu bertanggugjawab besar untuk menghebahkan berita tersebut kepada semua rakyat jelata nya..dan berita tersebut mestilah benar-benar tersebar luas..bukan setakat update status kat facebook dan beranggapan semua rakyat jelata dah tahu..


Apalah salah kalau head of class tu inform beberapa orang perempuan dan bukan hanya inform pada kaum yang sejenis dia je..boleh fikir tak?hey kau yang berkaum lelaki..tunjukkanlah yang kau tu benar-benar layak jadi head of class..bukan pada dasar name semata-mata..DASAR!


Oleh sebab kami ada pemimpin yang tidak nak berapa sangat..atau...head of class yang so so laa kan..terdapat beberapa rakyat jelata yang menjadi mangsa pergi mendaki puncak di gurun..sebaik sampai puncak..rakyat jelata yang malang itu tengok takde sape untuk dibual bicara..kosong..hanya mereka dua orang yang malang..



Jadi dua rakyat jelata yang malang itu pun turun lahh puncak dengan rasa marah namun disabarkan hati mereka..yela..kan bulan puasa..tak elok marah-marah..semua orang takde..mereka yang tertipu..tak lame lepas itu..handpone rakyat jelata yang malang itu berdering..zaman batu pun dah ade handphone taw = ='



rakyat jelata yang lain called rakyat jelata yang malang itu dan bertanyakan yang malang itu tentang bual bicara yang batal itu..lalu rakyat jelata itu mengamuk dan menggunakan bahasa kesat memarahi rakyat jelata yang malang itu kerana tidak inform bual bicara telah dibatalkan...err..faham kah apa yang aku merepek nih =)

 Rakyat jelata yang malang itu pun rasa sangat teraniaya kerana head of class..berikutan head of class tak inform semua rakyat jelata yang bual bicara telah dibatalkan..rakyat jelata yang laen telah memarahi rakyat jelata yang malang itu..KASIHAN RAKYAT JELATA YANG MALANG ITU.


  MORAL OF THE STORY,,kalau kelas dibatalkan..tolong-tolong lahhh sebarkan dengan baik..dan kalau anda dah pergi kelas tengok takde lecturer dan classmates yang laen..jangan lahh nak marah atau maki orang laen yang juga mangsa keadaan.




Tapi ape kene mengena cerita nih dengan tajuk aku tu?
hati aku panas sebab ada orang marah aku kerana kecuaian head of class. =(

No comments:

Post a Comment