Monday, 22 October 2012

situ wujud ketenangan

Lihat air laut
warnanya jernih
kalau pun keruh, itu bukan salah sesiapa

Lihat air laut
ombak berebut-berut mencium pasir pantai
kalau pun pasir kotor, itu bukan salah sesiapa

Lihat air laut
muzik ombak begitu menenangkan
kalau pun tidak, itu bukan salah sesiapa

Depakan tangan kau
pejamkan mata kau
saksikan indahnya langit
rasakan lembutnya bayu laut
nyanyikan musik ombak
ini hebat
apa yang mampu menandingi alam ini?

Mengapa masih ada manusia tuli yang mahu hancurkan semua ini?
mengapa masih ada manusia berkuku besi mahu menghapuskan kurniaan ini?
MasyaAllah.

jangan hancurkan semua ini
kerana di situ wujud ketenangan.

by-mirae hd

Monday, 15 October 2012

terima kasih

 
Assalamualaikum
Final untuk semester tiga semakin hampir. Ya aku tahu kebanyakkan mereka telah pun tamat final dan telah pun bersiap untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kenapa aku lambat? Tanyalah pihak Kementerian Pengajian Tinggi Politeknik.

Randomly, aku masih belum bersedia nak final. Banyak lagi yang perlu aku ulangkaji. Belajar Information Teknologi Networking bukan sesuatu yang mudah bagi aku. Ya kita belajar apa pun susah, tapi akan lebih susah kalau tiada minat dalam bidang yang kita ceburi. Jujurnya, aku masih mencari minat untuk belajar bidang ini. Kerana minat aku lebih ke arah TESL sebenarnya. Tapi tak mengapa, rezeki ada di mana-mana, bergantung pada usaha kita juga.

Dengan keadaan di sini, masalah itu ada di mana-mana, manusia yang pelbagai jenis aku jumpa. Lebih-lebih lagi mereka yang menganggap aku sebagai pesaing. Pesaing dalam hubungan mereka. Ini manusia berfikiran jumud. Terus terang aku katakan, aku tidak akan rampas hak sesiapa. Sedih mengenangkan manusia yang menolak tepi persahabatan kerana risaukan kekasihnya dirampas. Sesungguhnya, ajal maut, rezeki dan jodoh ialah di tangan Allah.

Kadang aku juga penat menjaga hati manusia, kadang aku juga penat mengalah dari setiap sudut. Bukan aku nak katakan aku baik. Tidak! Aku juga manusia biasa yang lemah luntur hatinya. Cuma aku mengharapkan belas terutama dari mereka yang terus menganggap aku sebagai pesaing dalam hubungan cinta mereka. Aku memang tidak mempunyai boyfriend tapi itu tidak bermakna aku akan merampas hak sesiapa.

Ahhh banyak sangat aku mengeluh. Sedangkan banyak kurniaan Allah kepada aku. Terima kasih ayah yang menjadi pendengar setia kepada aku. Tidak ayah jemu mendengar luahan masalah bodoh aku ini. Terima kasih kawan-kawan yang terus menyokong aku dari belakang. Terima kasih si pembenci, si pencaci kerana membantu aku menjadi seorang yang kental hatinya. Terima kasih.

Kelakar. Kelakar bila mengenangkan hal ini. Muka aku ni ada rupa nak rampas kekasih orang ke? Jangan risau kawan :)
Ohhh ye, baru-baru ini aku ada ikut serta dalam Pertandingan English Parliamentary Debate. Ya aku berdebat dalam Bahasa Inggeris. Aku tidak menang. Cuma adalah memperoleh Speaker Terbaik dalam pusingan ke-4. Ini pun dah cukup baik kerana aku bertanding dengan seluruh politeknik dalam Malaysia. Sabah, Sarawak, utara, timur semua ada. Dan majority the debaters are Indians and chinese and kebanyakkannya lelaki. Alhamdulillah Best Speaker untuk pusingan ke 4 sudah memadai. Insyaallah kalau ada peluang, aku cuba lagi.

Hari dah petang, aku nak get ready makan. Owhh bila sebut pasal makan, perut aku tak boleh tunggu. Almaklum, selera kapal. Kerana aku menulis post ini sambil menonton cerita shin chan. Shin chan ni makan selera dan memberi kesan padaselera aku jugak. Setakat ini je. Assalamulaikum.

Mirae


Sunday, 14 October 2012

Kembali Lagi

Assalamualaikum..
kekoknya jari aku nak update blog ni..lama sangat dah tinggal..dah lama merancang nak update cuma keadaan tidak mengizinkan..aku rindu nak menulis lagi..sebenarnya ada karya yang ingin aku utarakan tapi aku rasa, biar aku simpan sendiri..kbai

Menulis pada jam 3.18 pagi ni sebenarnya memang waktu kemuncak untuk aku menulis dan mencurahkan idea yang terbuku dalam kotak fikiran aku. Tapi badan terasa penat. I had a very long day today actually. It seems my brain and my heart doesn't agree in the same way, otak kata lain, hati kata lain. Jadi moral of the jungle, biarlah badan ni rehat dulu.

Kepada laman sosial, manusia banyak rupa, si pencaci, akan aku update blog ini dari masa ke semasa. Insyaallah..kalau tidak di sini pun mungkin di twitter atau facebook..

Salam ikhlas,
mirae hd..