Wednesday, 17 August 2011

siren menempelak menjelang buka puasa

Da beberape hari kita menjalani ibadah puasa..Dah hari ke berapa?aku pun tak berapa nak ingat sangat..nak kire?banyak lagi perkara yang perlu aku kire..--'

Balek kepada topik yang aku utarakan kat atas ni..siren menempelak..menempelak merujuk kepada bunyi yang keluar bertebaran dengan kuat terang jelas dan nyata tanpa dengung. Faham?tak faham dah!

Aku tak tahu lahh bagi orang laen..tapi kat tempat aku iaitu Kluang Johor,,siren akan berbunyi apabila masuk waktu berbuka..ada yang nak tunggu azan daripada pak imam..tapi bagi kita-kita yang tak tahu..siren akan berbunyi apabila benar-benar masuk waktu berbuka dan ketika siren berbunyi tu lahh pak imam membatalkan puasa dia..maksud aku pak imam tu dah buka la kan..tapi takde laa sampai buka nasi lemak letak telur nak sedap sikit letak kerang sambal..pak imam buka sekadar kurma atau air masak..setakat membatalkan puasa..dan seterusnya barulah melaungkan azan..mungkin ada yang tak tahu..siren?bole ke makan bile siren da bunyi?jawapannye..BOLEH!

Tapi post aku kali nih bukanlah nak bagi definisi siren tu apabila bulan Ramadan menjelma dengan jayanye nih..tapi nak mengutarakan rasa ragu-ragu aku apabila siren berbunyi.GAHHH!minah ni tadi cakap boleh buke bile siren berbunyi tapi sekarang cakap ragu-ragu pulak.mesti nih yang bermain menari kat otak korang kan..

Okay masalah aku bukan ragu-ragu yang normal..tapi masalah aku ialah aku dengar siren nih hampir 25 jam satu hari..bermula daripada 1Ramadan..aku dah setting kan telinga aku nih untuk peka kepada bunyi siren..jadi senang lahh aku nak buka..apabila siren berbunyi..aku pun berlari ke arah meja makan dan bersedia untuk melempiaskan nafsu makan aku ketika itu..tapi nasib baik sempat baca doa..


Dan apabila aku berada di Mesing..aku mula belajar untuk lebih peka untuk dengar bunyi siren nih..sebab aku buka bersama teman rumah yang memang best..I LOVE YOU ALL..MMUAH! okay ni lari tajuk --'
Hari pertama puasa okay..masih peka..hari ketiga juga okay..masih peka terhadap bunyi siren ketika berbuka..tapi masuk hari keempat..setting aku dah lari..terlebih peka..hampir setiap masa aku dengar bunyi siren..sampai dalam kelas pun aku rasa bunyi siren tu lari sepoi sepoi bahasa kat telinga aku..jadah!!takkan aku dah nyanyuk kot..tapi tu lhh hakikatnya..aku dengar bunyi siren hampir 25 jam satu hari!





dan kadangkala bunyi ini mengganggu aku..pehh..aku ada sakit mental ke?tapi aku rasa normal jehh..mungkin kerana terlalu taksub ketika waktu berbuka..atau mungkin aku terlebih setting..


oleh kerana penyakit aku ni..aku jadi ragu-ragu bila bunyi siren yang 'sebenar' menerawang di muka bumi Allah yang luas lagi terbentang ini..eh..betul ke siren tu?tadi asar pun aku dengar siren..subuh pun..walaupun subuh macam sum sum kuku je kan..tapi aku setting balek telinge aku..okayh!sah siren..yang tadi cume khayalan semata-mata.


Bukan apa..mungkin aku terlalu ingat sangat tentang siren yang ayah aku pesan tu..sampai asyik terngiang-ngiang kat telinge aku nih..bila aku tengok orang laen dah buka..haa..betul la ape aku dengar..siren laa kot..buke lahh..ekekek



Kata ustazah aku dulu..kalau kat telinga kita nih ada dengar bunyi macam line telefon beratur..atau macam bunyi titttttttt yang sumbang sikit..maksudnya nama kita dah tertulis di luh mahfuz di syurga dan dalam masa 40 hari nyawa kita kan ditarik..maksudnya..mati..



Sempena Ramadan yang mulia nih..ake reda kalau itu ketentuan-Nya.......




tapi sumpah aku tak nak pun!aku baru nak dapat diploma..baru nak belajar hidup sendiri di perantauan..dan..aku belum kahwin lagi..


aku harap tak de lahhh yang macam tu :)















No comments:

Post a Comment