Alhamdulillah ibu aku dah pun selamat sampai selepas menunaikan ibadah haji di tanah suci..aku bersyukur sebab ibu akhirnya pulang dengan selamat..ibu bukan sahaja menunaikan ibadah haji malah ibu juga bertugas di sana..mungkin ibu agak sibuk dengan pesakit di sana sampai tak ada masa nak call aku..mungkin ramai yang sakit :)
Alhamdulillah jugak sebab umie,ibu tiri aku baru selamat melahirkan anak lelaki..aku gembira melihat ayah aku kerana impiannya mempunyai anak lelaki tercapai.
Alhamdulillah jugak keputusan final exam aku baru je keluar..aku bersyukur atas result aku..aku sendiri tak sangka dan tak boleh nak percaya..tapi aku tahu..ini semua kerja Tuhan yang satu.
Aku sedar tak semua yang kita ingin kita akan dapat dalam hidup ini..aku jugak tak mampu nak pujuk hati aku kalau apa-apa yang aku tak nak tapi terjadi..aku sedar yang aku belum cukup matang nak hadapi dunia ini..tapi insyaallah aku cuba..pengalaman mematangkan kita.. :)
Aku masih rasa kosong hidup ini..macam ada yang hilang.tak lengkap..hanya aku yang tahu puncanya dan aku jugak yang tahu ubatnya..tapi insyaallah aku kuat..cukup kuat untuk memujuk hati..cukup kuat untuk berkata pada diri aku sendiri..yang lebih baik akan datang..cuma masanya kita tak tahu..tapi setakat ini sajalah aku memberi ruang untuk orang lain dalam hidup aku..belum ada keberanian lagi..
macam mana pun..perjalanan aku masih jauh dan aku perlu berpandangan jauh dalam hidup ini..untuk aku sendiri...
ALL IS WELL...
No comments:
Post a Comment