Thursday, 15 December 2011

gadis biasa.

Aku masih mampu melihat jambatan yang panjang itu. Saat ini aku sedar perjalanan aku masih terlalu jauh. Insyaallah kalau Allah memberi aku ruang untuk terus menongkah arus dalam dunia ini. Jika masih ada ruang sebesar beras untuk aku dalam dunia ini,akan aku terus berjalan tanpa henti. Jambatan itu akan aku tempuh, akan aku berusaha mencari jalan keluar dari arus yang deras. Akan aku cari jalan menuju ke sinar yang diredai Allah. Akan aku menadah tangan dan meminta Maha Suci Allah mengangkat aku,meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untuk aku melangkah dengan tabah.

Namun aku gadis biasa yang tiada penapis di kelopak mata,tiada pendinding di hati, dan tiada pelindung yang memberi arahan untuk mengawal perasaan. Kadang-kadang aku juga tersadung di tengah jambatan,kadang-kadang aku juga tewas ditenggelami arus deras dan kadang-kadang aku juga rebah ditimbus tanah merah dan sesat di lapangan padang pasir. Ya! Aku gadis biasa yang perlukan kasih dan sayang,pelukan yang melindungi,usapan tangan yang penuh kasih dan kata-kata yang membangun. Aku gadis lemah yang bergantung pada tali yang tiada hujung.

Aku hanya seorang gadis yang tiada keistimewaan menonjol. Tiada tarikan yang istimewa. Jalanku juga dua kaki. Lihatku juga masih dengan dua pasang mata yang aku pinjam dari Allah. Aku tidak buta,tidak tuli,dan masih mampu berkata-kata dengan lidah yang tidak bertulang. Ya! Aku manusia biasa yang lemah hati dan perasaannya. 

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan setanding Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahandanya dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan islam. Aku hanya gadis biasa yang mengembara dalam bumi Allah. Jalanku kelak juga sama...Alam Barzakh..destinasi yang sama..Negeri Abadi..tiada keraguan dalam hal ini.


Buat yang tempatnya ada dalam hati aku, Ya! cuma hati aku. Tidak seindah Istana Raja yang gah, tidak semegah Taj Mahal, dan jauh sekali diulit emas..ia cuma hati aku yang menempatkan dia. Aku masih mampu menulis dan mencurah idea tanpa jemu. Kerana kegemaranku,keasyikanku,ketenanganku memberi kau bahan bacaan dan tidak hanya membakar duit.
Insyaallah...


mirae

No comments:

Post a Comment