Wednesday, 27 February 2013

HORMON MALAS


Gambar menceritakan segalanya.



Aku masih buntu. Kala ini keadaan benar-benar menguji keupayaan ingatan dan tahap kecekapan aku menyerap segala apa yang diajar. Aku merasakan begitu sukar dan yang pasti aku melayang entah ke mana. Saat mereka mengajar aku tentang itu dan ini, aku pusing. Dengar tapi sudah melayang jauh ke lautan atlantik barangkali. Puas aku mengingatkan diri aku, agar bangkit dan sedar, fokus belajar hal ini. Namun aku gagal. Penangan apakah ini?

AMIRA
tolong sedar 
tolong belajar
tolong bangun dari tidur

Jauhnya  aku melayang. Entah aku tak mampu gapai kembali memori dan semangat belajar. Eh apakah aku tertekan? apa yang tertekannya Amira? 

AMIRA 
kau bukan tertekan!!!
kau malas
kau tak mahu
kau tak nak
kau tak nak melalui anjakan paradigma itu!
kau tak nampak!


aku umpama daun kering yang menunggu angin tentukan kedudukanku
aku bukan stress! aku hanya malas!
Ahhh begitu sulit!!!  Apa yang dah aku makan sampai penyakit ini datang!! MALAS!

Aku sedang menjalani kursus Plasma Gold Control Screen, di mana aku belajar tentang HBBTV. Hybrid iaitu mengahwinkan antara TV dan Internet. *ehhh ini aku malas mahu belajar. KENAPA MALAS!

Kenapa aku malas ni?? Ahh malas nya nak fikir kenapa aku malas? aduhh malasnya nak taip. Aduh malas nak tekan publish. eh malas aku nak sign out blog! ehh aku malas.

No comments:

Post a Comment