Assalamualaikum. Hye post pertama untuk tahun 2013. Wahh ketinggalannya blog ini. Orang dah masuk februari 2013 tapi blog ni baru nak mula post untuk 2013. Sila salahkan tuannya. Ya mungkin silap aku yang jarang sekali nak update blog ni. Sejujurnya terlalu banyak yang aku nak tulis, tetapi aku ini busy.. *ayat retis ni.
Aku kini berusia 20 tahun dan kini sedang menjalani Latihan Industri. Aku practical di RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur dan tinggal bersama kakak aku di Shah Alam. *Ini semua ayat buat karangan UPSR, maaf atas ayat terlalu sastera ni, tapi.... suka hati lahh kan.. Jujur terus dari hati, aku bahagia dengan kehidupan aku kini berbanding tahun lepas yang penuh dengan onak berduri ranjau. *Ini hiperbola maaf sekali lagi.
Namun aku sedar, kalaupun aku bahagia, pasti akan muncul secalit dugaan dari Yang Maha Esa. Kita tidak selalu di atas. Tapi perbezaannya mungkin kali ini aku lebih tabah dalam menongkah arus melawan dugaan itu. Iyela, sudah 20 tahun kan dan perlu lah merubah sikap yang sedikit cengeng ini kepada lebih tabah dan berani. Wah! hebat sangat laaa.. Eh ini bukan gurauan, aku benar-benar berazam. hikssss
Aku gembira melihat orang sekeliling aku. Ada pelbagai ragam namun semuanya mengembirakan aku. Dari rakan-rakan di tempat kerja, oppss, maksud aku staf-staf RTM yang baik, hehe, juga rakan-rakan yang jauh dan keluarga aku yang kini ..ermm..ermm.. aku hilang kata-kata nak menggambarkan semua ini, namun jujur aku tulis, aku gembira melihat mereka. Alhamdulillah atas anugerah keluarga dan rakan-rakan yang hebat ini. Subhanallah..
![]() |
| Apa yang dikejar hanyalah kebahagiaan dunia akhirat. |


No comments:
Post a Comment