Wednesday, 27 March 2013

anak bapak

This is the conversation between bapak dan anak perempuannya.

Anak perempuan : ayah, b nak kahwin.

ayah : (muka tenang budget cool padahal dalam hati mesti cakap anak dara dia dah miang).

anak perempuan : Boleh tak ayah, b nak kahwin?

ayah : b nak kahwin dengan siapa?

anak perempuan : tak tahu, ayah carikan laaa sorang. Tapi tak nak lahh staff hospital macam ayah. hehe

ayah : takde calon tapi nak kahwin, kenapa?

anak perempuan : saja, boring hidup sorang-sorang.

ayah : dah ready ke? kalau ada anak macam mana? dah bersedia ke nak jadi isteri, kalau dapat lelaki yang         takda tanggungjawab macam mana? kalau dapat lelaki yang kaki pukul macam mana? Bukan senang taw nak cari lelaki yang baik sekarang, lagi-lagi kalau b ni dah lah budak lagi, bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla.

anak perempuan : (sambung makan roti bakar dengan muka seposen)

The fact is, kak farah dah nak kahwin, kak ain dah nak kahwin, kawan tu dah nak tunang, yang lagi sorang dah dapat restu family bagai, yang lain semua ada boyfriend dah plan nak kahwin, pergi mana-mana ada pasangan. Perlu ehh tinggalkan saya sorang-sorang? okay.




anak bapak.

Wednesday, 20 March 2013

Ayah

nyawa jantung hati limpa buah pinggang


kesian tengok ayah, busy memanjang. Jarang sangat dapat berbual panjang dengan ayah. Kalau aku punya kuasa, nak saja suruh ayah berhenti kerja. Bekerja di unit Forensik bukan mudah. Aku kagum dengan ayah. Kecekalan ayah, semangat ayah, buat aku kagum. Jangan mimpi nak dengar ayah mengeluh. Ayah, tiada pengganti.

yang sebelah tu? Umie. Semoga ayah bahagia dengan umie. Aku tak mintak lebih. Cukup lah sekadar umie dapat jaga ayah dengan baik, bahagiakan ayah dan menyerikan rumah tangga ayah. Aku harap, ayah bahagia dengan umie.

Aku juga tak lama. Sikit tahun lagi, akan aku balas semua jasa ayah. ketika itu, jangan ada yang pertikaikan.

Friday, 15 March 2013

seram

post ini ditulis semasa aku sorang-sorang dalam office
jam 7.35 malam
sementara aku tunggu train, aku stay office
perasaan sekarang ialah
SERAM

-mira-

pendapat aku.

Apa yang bakal aku coretkan di sini, mungkin agak luar dari bidang kuasa aku. Pengetahuan aku juga terlalu dangkal untuk mengulas hal ini dengan lebih lanjut. Namun, aku tulis juga berdasarkan dari pemerhatian aku. Walaupun aku sekadar gadis biasa yang masih setahun jagung, tegas aku katakan, semangat sayang akan negara berombak-ombak dalam diri aku.

Aku pasti ramai antara kita yang tahu mengenai kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah. Semenjak penceroboh militan dari Selatan Filipina mendarat di Lahad Datu Sabah, berapa ramai antara kita yang mengambil hal ini sebagai sesuatu yang akan menggugat kedaulatan negara? Atau kita sekadar mengganggap hal ini akan berakhir dengan harapan para pejuang dan pemimpin akan menangani hal ini dengan baik. Berapa ramai antara kita yang mengangkat tangan dan mendoakan keselamatan negara ini?

Aku tidak mahu membangkitkan isu politik dalam hal ini. Semestinya aku tidak layak mengolah dengan lebih lanjut hal ini. Namun aku kesal dengan sikap beberapa orang rakyat Malaysia yang memandang enteng hal-hal macam ini. Ya, memang ada yang bercakap tentang hal ini, namun ia nya sekadar menjadi topik perbualan dan berakhir dengan gelak tawa. Aku pelik. Begitu sekali mereka menjadikan hal ini sebagai bahan gurauan. Bukan semua yang pastinya.

Ada juga sekadar bertindak sebagai tin kosong. Lantang bersuara mengeluarkan pendapat, konon pendapat dia adalah yang benar dan tidak boleh disangkal lagi. Namun akhirnya hanya kata caci maki kepada para pemimpin. Aku bukan mahu kata apa.

 kau mampu pimpin negara? 
kau mampu bangunkan negara? 
berani kah engkau ke Lahad Datu mempertahankan Sabah sana? 
Apakah apabila semenanjung juga diserang kau masih bertindak sebagai tin kosong?

Ya aku akui, pemimpin juga ada yang bertindak luar dari penerimaan akal fikiran. Terlalu mengaut undi barangkali. Namun siapakah kita nak menilai taraf mereka di mata yang Maha Esa? Siapakah kita nak menghambur kata-kata kesat pada mereka. Tidak kira lah kita yang bendera biru ke, hijau putih ke, parti mana sekali pun kita sokong, tidak perlu lah sehingga mencerca antara satu sama lain. biar pemimpin jalankan tanggungjawab mereka, dan kita sebagai rakyat jalankan tanggungjawab sebagai pengundi dengan baik.

Sedarkah kita, saat kita saling mengutuk, mencarci,orang luar sedang memerhatikan kita. Mentertawakan kita dalam diam. Dan menilai setiap apa yang keluar dari lidah tak bertulang ni. Dan tiba satu saat, mereka memijak kita, mereka berdiri lebih gah dari kita, contoh terdekat, ramai orang thailand dan pakistan yang perniagaan mereka jauh lebih maju berbanding orang Malaysia sendiri yang kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam.

Ini kah orang kita?
Inikah cara penggunaan Bahasa Malaysia yang kita dok laungkan Bahasa Jiwa Bangsa?
Ini kah sikap kita yang bagai anjing dan kucing antara satu sama lain?
Ini kah yang bakal diwarisi anak-anak kecil yang bakal memimpin negara satu hari nanti?
Ini kah sikap yang kita bangga-banggakan dengan negara maju lain?

DAN TIBA SATU SAAT, DI MANA SABAH DISERANG, KEDAULATAN NEGARA DIGUGAT, SEMUA GELABAH DAN MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN. LEBIH JIJIK YANG SEKADAR MENYALAHKAN POLITIK DAN SAMA SEKALI TIDAK MENGANGKAT TANGAN BERDOA KEPADA YANG ESA.

sama-sama doakan kesejahteraan negara kita.
Juga aku kesal ada yang mengkritik dan memandang iklan yang mengutip derma untuk pejuang-pejuang di Lahad Datu sebagai picisan. Masyaallah, DI MANAKAH AKAL KALIAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG KINI DIBANJIRI ARUS KEMODENAN?

Jangan kita jadi seperti parasit, yang menumpang tetapi mencerca.

NEGARA SUDAH MAJU, JIWA DAN FIKRAN KALIAN MASIH ZAMAN BATU.

Friday, 8 March 2013

Blessing Life.

Life. Sometimes it always makes us smile, sometimes it hurts us like there's no hope anymore. But this is what we call life. Too much things to write, but words doesnt enough to describe how pretty this life is. Everything that Allah creates are too beautiful. What other things can deny this? From the minute atoms, molecules, and element in every object to a large expansion in the universe of planets, stars, galaxies, and all the incredible things we have yet to discover in space and on earth. But the thing is, do we capable to explore all? no! of course!


too amazing

All my life, I never get far apart from my family. Other then I joined PLKN, or further my studies, I always with my family, phone call, text, I just always stick together with my family especially my ayah. AYAH. What can i do without ayah? He is everything, he is too precious, he is too incredible, Thank you Allah, for this mercy. AYAH is my life, my breath, my heart. FROM ALL MY LIFE, THERE'S NO OTHER GUY IN MY HEART, ITS ONLY MY AYAH. One day, if I get marry, I hope my future husband can be friend with ayah. *but now, I have not find any guy can impress me more.


This is life, sometimes we can be too happy, and sometimes, we are depressed, sick and had such a annoying feeling ever. I do feel like that. Sometimes I just like wanna scream out aloud and mad with all of the things, and sometimes I can be too happy. poor me.


But this is life, life is too short to be depress, tension or whatsover. Just let it go. Times get overwhelming when you begin try to control the uncontrolable. Just dont complain, follow the flow. A sense of calmness just came over me for the first time in a long time. Just gotta let go and let Allah give us the sign, but of course, we have to work for it too!






7 Steps to happiness.
  • Think less, feel more.
  • Frown less, smile more.
  • Talk less, listen more.
  • Judge less, accept more.
  • Watch less, do more.
  • complain less, appreciate more.
  • Fear less, love more.

And dont forget, pray more, Ibadah is always number one, Dont forget Allah, and Allah will never forget us.

Sunday, 3 March 2013

Definisi Baik

Baru-baru ini ada seseorang yang bertanyakan kepada aku tentang definisi baik. Soalannya lebih kurang berbunyi begini, "Apa definisi baik bagi mira?". Soalan ini mungkin nampak mudah, namun bagi aku soalan ini unik. Jarang sekali orang mengajukan soalan begini pada aku. Atau mungkin aku yang kurang pengalaman dan tak jumpa soalan macam ni.

Saat aku mendengar soalan ini, fikiran aku menerawang. Aku terfikir, bagusnya soalan dia, tapi betul jugak. Apa definisi baik bagi aku? ya! memang kawan baik. Tapi apa yang seseorang tu buat sehingga kita menggelar dia kawan baik, atau menggelar dia seorang yang baik. Sebab dia sentiasa ada dengan kita waktu suka atau duka? Sebab dia sentiasa melindungi kita dari anasir-anasir luar? Sebab dia selalu mengingatkan kita ke arah kebaikan? Mana satu ya?

Bagi aku,  cukuplah sekadar dia ada ketika aku perlukan dia, bantu aku ketika aku susah, dan menjadi teman berbual dan pendengar yang baik. Mungkin kita tak kenal seseorang tu. Kadang kenal bertahun-tahun pun belum tentu kita dapat mengenal hati budi dia. Kadang kenal sekejap pun kita dah boleh serasi dengan dia macam dah kenal 8 tahun.

so below are the few pictures of my lovely friends.
kawan baik bagi definisi aku.
dila dan nurul

saya dan ecah
dila dan qhidir waktu beraya di rumah saya!!

kawan sejak dua tahun lalu
kawan sejak 6 tahun lalu

kawan tulisan berseni
kawan yang dianggap sebagai abang

kawan sejak sekolah rendah. Heart and soul
kawan di politeknik.. jiwa dan raga

zul dan aku selalu digandingkan untuk jadi pengacara majlis.

Kadang aku tak cemburu melihat orang bercinta, aku tak cemburu melihat orang yang ada kekasih, kerana aku cukup mempunyai keluarga dan kawan yang lebih dari cukup. Alhamdulillah.. *tapi bila kawan aku pergi date dan tinggalkan aku sorang-sorang sedih jugak.. haha

My Saturday

Its Saturday guys!! So lets cheer up our mind yang mungkin dah letih selepas lima hari bekerja tanpa henti lebih-lebih lagi yang workaholic macam saya.. *okay ni poyo.

Hari sabtu yang tak lekat kat rumah. Aku keluar ke Jalan tar dengan the one and only girlfriend yang tersayang, shida. Penat dan panas shopping dengan shida sorang ni. But over all we were enjoyed together. :)

And then aku keluar dengan akak dan boyfriend dia. Memandangkan aku tiada sesiapa untuk keluar date, aku kacau lahh the most lovely couple ini. Kami tengok movie the Pearl Hobour. yess!!!

siapakah gerangan budak kecik kat belakang tu?


Bila keluar dengan mereka ini, dengan rasminya aku jadi photographer tak berbayar.


Super ring hasil tajaan saya

Kakak aku dah nak pilih cincin kahwin dah. Aku cincin gula-gula pun tak pernah pakai lagi... hikhik

they are choosing their wedding ring together.


Memasing muka bahagia.

Sekadar gambar, kami tengok cerita Jack The Giant Slaye sebenarnya.
My  Hero.. *dalam mimpi saja

muka pasrah sebab Syamsul Yusof dah ade girlfriend.
Tolong pedulikan aku yang berbaju oren tudung merah tu. Memang main sarung je baju apa pun, tak sempat nak fikir pakai baju apa.. heeee.. Dan untuk akak dan her boyfriend, jangan marah haaa kite selalu kacau awak berdua date, Nanti kalau kite dah ada bakal suami kite tak kacau awak date lagi.. kbai