Sunday, 3 March 2013

Definisi Baik

Baru-baru ini ada seseorang yang bertanyakan kepada aku tentang definisi baik. Soalannya lebih kurang berbunyi begini, "Apa definisi baik bagi mira?". Soalan ini mungkin nampak mudah, namun bagi aku soalan ini unik. Jarang sekali orang mengajukan soalan begini pada aku. Atau mungkin aku yang kurang pengalaman dan tak jumpa soalan macam ni.

Saat aku mendengar soalan ini, fikiran aku menerawang. Aku terfikir, bagusnya soalan dia, tapi betul jugak. Apa definisi baik bagi aku? ya! memang kawan baik. Tapi apa yang seseorang tu buat sehingga kita menggelar dia kawan baik, atau menggelar dia seorang yang baik. Sebab dia sentiasa ada dengan kita waktu suka atau duka? Sebab dia sentiasa melindungi kita dari anasir-anasir luar? Sebab dia selalu mengingatkan kita ke arah kebaikan? Mana satu ya?

Bagi aku,  cukuplah sekadar dia ada ketika aku perlukan dia, bantu aku ketika aku susah, dan menjadi teman berbual dan pendengar yang baik. Mungkin kita tak kenal seseorang tu. Kadang kenal bertahun-tahun pun belum tentu kita dapat mengenal hati budi dia. Kadang kenal sekejap pun kita dah boleh serasi dengan dia macam dah kenal 8 tahun.

so below are the few pictures of my lovely friends.
kawan baik bagi definisi aku.
dila dan nurul

saya dan ecah
dila dan qhidir waktu beraya di rumah saya!!

kawan sejak dua tahun lalu
kawan sejak 6 tahun lalu

kawan tulisan berseni
kawan yang dianggap sebagai abang

kawan sejak sekolah rendah. Heart and soul
kawan di politeknik.. jiwa dan raga

zul dan aku selalu digandingkan untuk jadi pengacara majlis.

Kadang aku tak cemburu melihat orang bercinta, aku tak cemburu melihat orang yang ada kekasih, kerana aku cukup mempunyai keluarga dan kawan yang lebih dari cukup. Alhamdulillah.. *tapi bila kawan aku pergi date dan tinggalkan aku sorang-sorang sedih jugak.. haha

No comments:

Post a Comment