Aku pasti ramai antara kita yang tahu mengenai kes pencerobohan Lahad Datu di Sabah. Semenjak penceroboh militan dari Selatan Filipina mendarat di Lahad Datu Sabah, berapa ramai antara kita yang mengambil hal ini sebagai sesuatu yang akan menggugat kedaulatan negara? Atau kita sekadar mengganggap hal ini akan berakhir dengan harapan para pejuang dan pemimpin akan menangani hal ini dengan baik. Berapa ramai antara kita yang mengangkat tangan dan mendoakan keselamatan negara ini?
Aku tidak mahu membangkitkan isu politik dalam hal ini. Semestinya aku tidak layak mengolah dengan lebih lanjut hal ini. Namun aku kesal dengan sikap beberapa orang rakyat Malaysia yang memandang enteng hal-hal macam ini. Ya, memang ada yang bercakap tentang hal ini, namun ia nya sekadar menjadi topik perbualan dan berakhir dengan gelak tawa. Aku pelik. Begitu sekali mereka menjadikan hal ini sebagai bahan gurauan. Bukan semua yang pastinya.
Ada juga sekadar bertindak sebagai tin kosong. Lantang bersuara mengeluarkan pendapat, konon pendapat dia adalah yang benar dan tidak boleh disangkal lagi. Namun akhirnya hanya kata caci maki kepada para pemimpin. Aku bukan mahu kata apa.
kau mampu pimpin negara?
kau mampu bangunkan negara?
berani kah engkau ke Lahad Datu mempertahankan Sabah sana?
Apakah apabila semenanjung juga diserang kau masih bertindak sebagai tin kosong?
Ya aku akui, pemimpin juga ada yang bertindak luar dari penerimaan akal fikiran. Terlalu mengaut undi barangkali. Namun siapakah kita nak menilai taraf mereka di mata yang Maha Esa? Siapakah kita nak menghambur kata-kata kesat pada mereka. Tidak kira lah kita yang bendera biru ke, hijau putih ke, parti mana sekali pun kita sokong, tidak perlu lah sehingga mencerca antara satu sama lain. biar pemimpin jalankan tanggungjawab mereka, dan kita sebagai rakyat jalankan tanggungjawab sebagai pengundi dengan baik.
Sedarkah kita, saat kita saling mengutuk, mencarci,orang luar sedang memerhatikan kita. Mentertawakan kita dalam diam. Dan menilai setiap apa yang keluar dari lidah tak bertulang ni. Dan tiba satu saat, mereka memijak kita, mereka berdiri lebih gah dari kita, contoh terdekat, ramai orang thailand dan pakistan yang perniagaan mereka jauh lebih maju berbanding orang Malaysia sendiri yang kadang-kadang hangat-hangat tahi ayam.
Ini kah orang kita?
Inikah cara penggunaan Bahasa Malaysia yang kita dok laungkan Bahasa Jiwa Bangsa?
Ini kah sikap kita yang bagai anjing dan kucing antara satu sama lain?
Ini kah yang bakal diwarisi anak-anak kecil yang bakal memimpin negara satu hari nanti?
Ini kah sikap yang kita bangga-banggakan dengan negara maju lain?
DAN TIBA SATU SAAT, DI MANA SABAH DISERANG, KEDAULATAN NEGARA DIGUGAT, SEMUA GELABAH DAN MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN. LEBIH JIJIK YANG SEKADAR MENYALAHKAN POLITIK DAN SAMA SEKALI TIDAK MENGANGKAT TANGAN BERDOA KEPADA YANG ESA.
![]() |
| sama-sama doakan kesejahteraan negara kita. |
Juga aku kesal ada yang mengkritik dan memandang iklan yang mengutip derma untuk pejuang-pejuang di Lahad Datu sebagai picisan. Masyaallah, DI MANAKAH AKAL KALIAN SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG KINI DIBANJIRI ARUS KEMODENAN?
Jangan kita jadi seperti parasit, yang menumpang tetapi mencerca.
Jangan kita jadi seperti parasit, yang menumpang tetapi mencerca.
NEGARA SUDAH MAJU, JIWA DAN FIKRAN KALIAN MASIH ZAMAN BATU.

No comments:
Post a Comment