Sunday, 9 October 2011

ouhhhhh

tiba-tiba handphone aku berbunyi.Ada message masuk.Punya semangat aku nak bukak message tu mengharap seseorang yang dinanti message aku..sekali rupa-rupanya hanyalah message dari cik maxis yang menolak credit aku kerana sos topup..ouuhhh..thank you cik maxis..

Monday, 3 October 2011

IKLAN TV DAH BERJAYA

Macam biasa,kelas dibatalkan saat-saat akhir.Aku tak marah pun..cuma seronok :)
Oleh kerana kelas takde,aku pun berjimba-jimba lah tengok tv sambil basuh baju yang bertimbun aku bawak balek lepas camping..camping aku tiga hari dua malam memang penat..tapi okay laa..banyak yang dipelajari..selagi hidup ni kenelah banyak pengalaman nak dicari..takkan esok dah beranak-pinak baru terduyung-duyung nak pegi camping..selisih malaikat empat puluh empat.

Ada satu aktiviti,jalan malam di tengah-tengah hutan seorang diri..haa..sikit punya panjang aku bagi nama.But seriusly,aktiviti ni menuntut kami pelajar-pelajar politeknik semester1 berjalan seorang diri di dalam hutan sejauh 100 kaki(agaknya laaa) pada jam 1 pagi..wattttheeeee...ekau gilo ko apo?

ini macam satu paksaan..siapa yang sanggup?aku rasa budak laki pun macam good-good je bajek berani nak buat aktiviti tu..tapi terpaksa..seriusly,TERPAKSA!

hutan yang gelap gelita,gambar ni terang sikit



Aku tak percaya aku berjaya jalan sejauh itu dalam hutan yang gelap gelita.Mungkin kerana paksaan Cik Ken.Aku rasa macam Cik Ken jerit kat aku "kau masuk hutan tu..masuk sekarang!"
Mungkin imaginasi aku je kot..suka-suka je nak paksa orang masuk hutan.Bagilah bekalan macdonalds ke,nugget ke..ade laa makan sikit dalam perjalanan nanti...sighhhh


Punye panjang cerita aku.Bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya.Camping ni tak cukup menarik nak dicoretkan di sini.Aku nak cerita pasal iklan tv yang berjaya menaikkan nafsu aku.Iklan tersebut ialah iklan coklat Zess.Tahu tak coklat zess ni?ke tak tahu?yelaaaa..biasa orang nak coklat cadbury..ferrero rocher ke toblereno keee....kan kan kan.

Masa aku khusyuk tengok tv,muncullah iklan ni..Budak dalam iklan ni berjaya buat aku terliur dengan cara dia makan.Makan sampai tertutup-tutup mata.Macam mengunyah sesuatu yang lazat lalu dimasuk ke dalam mulut..satu sebatian yang enak di makan pada pagi yang hening  ramuan yang lazat empuk sangat nikmat....aku tertarik..tahniah budak sebab berjaya perdayakan aku.Tahniah!


Aku pun macam ibu mengandung ajak wani cari coklat tu kat watsons..tapi takde...kecewa..aku bukan lah penggemar coklat..kalau orang lain boleh gila pasal coklat..kalau boyfriend bagi coklat macam dapat istana emas punya besar..tapi aku..aku tak suka sangat coklat niii..tak tahu laa kenapa..


haa...aku siap google coklat ni..rupe-rupenye 30sen jeee...


Nanti aku nak cari coklat ni...aku betul-betul teringin.

Post for My Hero

          3 Oktober-Selamat Hari Lahir yang ke 46 untuk hero aku,Encik Din bin Ariff...Semoga ayah berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.B doakan ayah memperoleh kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.B sayangkan ayah.


          Aku bertanya pada diri aku sendiri,apa yang akan jadi pada aku sekiranya ayah tiada dalam dunia ini.Maka jawab hati aku,gelap lah dunia aku,hati aku sentiasa sejuk,aku tak mampu mendongak ke atas memandang langit terang.Ayah segala-galanya bagi aku.Terlalu besar erti ayah dalam hidup aku



             aku persembahkan kasih dan sayang yang tidak terhingga untuk ayah
             aku hantar doa yang menggunung kepada Tuhan untuk ayah
             aku masih di sini,meneruskan hidup kerana ayah.


kalau dikenang yang dulu
tidak tergambar rindunya aku pada kenangan aku dan ayah
aku rindu cerita sang kancil yang menemani aku sebelum tidur
aku rindu ayah mengikat rambut aku tiap-tiap hari sebelum ke sekolah
aku rindu ayah memilih baju kurung untuk aku saat aku kecil
aku rindu ayah memilih kasut yang cantik untuk aku
aku rindu ayah bertungkus-lumus memasak makanan kegemaran aku
aku rindu ayah mengusap rambutku sebaik sahaja pulang dari kerja
aku rindu pusing satu bandar dengan ayah untuk cari baju yang aku idamkan
aku rindu menonton konsert bersama ayah
aku rindu bermain bunga api bersama ayah
aku rindu ayah lukiskan awan untuk aku
aku rindu mendengar kritikan ayah tentang kerja rumah aku
aku rindu makan pisang goreng di warung bersama ayah
aku rindu membeli juadah berbuka puasa yang banyak bersama ayah
aku rindu ayah menemani aku membeli shampoo rambut
aku rindu ayah menemani aku membeli cream muka
aku rindu makan kenny rogers bersama ayah
aku rindu makan kedai mamak bersama ayah
aku rindu ayah siapkan pakaian aku ke sekolah
aku rindu ayah membelikan sepit rambut untuk aku
aku rindu saat-saat aku menjadi anak manja ayah
aku rindu menjadi saat-saat akulah anak kesayangan ayah

Buat ayah tercinta,
selamat hari jadi,
b sayang ayah