Macam biasa,kelas dibatalkan saat-saat akhir.Aku tak marah pun..cuma seronok :)
Oleh kerana kelas takde,aku pun berjimba-jimba lah tengok tv sambil basuh baju yang bertimbun aku bawak balek lepas camping..camping aku tiga hari dua malam memang penat..tapi okay laa..banyak yang dipelajari..selagi hidup ni kenelah banyak pengalaman nak dicari..takkan esok dah beranak-pinak baru terduyung-duyung nak pegi camping..selisih malaikat empat puluh empat.
Ada satu aktiviti,jalan malam di tengah-tengah hutan seorang diri..haa..sikit punya panjang aku bagi nama.But seriusly,aktiviti ni menuntut kami pelajar-pelajar politeknik semester1 berjalan seorang diri di dalam hutan sejauh 100 kaki(agaknya laaa) pada jam 1 pagi..wattttheeeee...ekau gilo ko apo?
ini macam satu paksaan..siapa yang sanggup?aku rasa budak laki pun macam good-good je bajek berani nak buat aktiviti tu..tapi terpaksa..seriusly,TERPAKSA!
| hutan yang gelap gelita,gambar ni terang sikit |
Aku tak percaya aku berjaya jalan sejauh itu dalam hutan yang gelap gelita.Mungkin kerana paksaan Cik Ken.Aku rasa macam Cik Ken jerit kat aku "kau masuk hutan tu..masuk sekarang!"
Mungkin imaginasi aku je kot..suka-suka je nak paksa orang masuk hutan.Bagilah bekalan macdonalds ke,nugget ke..ade laa makan sikit dalam perjalanan nanti...sighhhh
Punye panjang cerita aku.Bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya.Camping ni tak cukup menarik nak dicoretkan di sini.Aku nak cerita pasal iklan tv yang berjaya menaikkan nafsu aku.Iklan tersebut ialah iklan coklat Zess.Tahu tak coklat zess ni?ke tak tahu?yelaaaa..biasa orang nak coklat cadbury..ferrero rocher ke toblereno keee....kan kan kan.
Masa aku khusyuk tengok tv,muncullah iklan ni..Budak dalam iklan ni berjaya buat aku terliur dengan cara dia makan.Makan sampai tertutup-tutup mata.Macam mengunyah sesuatu yang lazat lalu dimasuk ke dalam mulut..satu sebatian yang enak di makan pada pagi yang hening ramuan yang lazat empuk sangat nikmat....aku tertarik..tahniah budak sebab berjaya perdayakan aku.Tahniah!
Aku pun macam ibu mengandung ajak wani cari coklat tu kat watsons..tapi takde...kecewa..aku bukan lah penggemar coklat..kalau orang lain boleh gila pasal coklat..kalau boyfriend bagi coklat macam dapat istana emas punya besar..tapi aku..aku tak suka sangat coklat niii..tak tahu laa kenapa..
![]() |
| haa...aku siap google coklat ni..rupe-rupenye 30sen jeee... |
Nanti aku nak cari coklat ni...aku betul-betul teringin.

No comments:
Post a Comment