Aku bertanya pada diri aku sendiri,apa yang akan jadi pada aku sekiranya ayah tiada dalam dunia ini.Maka jawab hati aku,gelap lah dunia aku,hati aku sentiasa sejuk,aku tak mampu mendongak ke atas memandang langit terang.Ayah segala-galanya bagi aku.Terlalu besar erti ayah dalam hidup aku
aku persembahkan kasih dan sayang yang tidak terhingga untuk ayah
aku hantar doa yang menggunung kepada Tuhan untuk ayah
aku masih di sini,meneruskan hidup kerana ayah.
kalau dikenang yang dulu
tidak tergambar rindunya aku pada kenangan aku dan ayah
aku rindu cerita sang kancil yang menemani aku sebelum tidur
aku rindu ayah mengikat rambut aku tiap-tiap hari sebelum ke sekolah
aku rindu ayah memilih baju kurung untuk aku saat aku kecil
aku rindu ayah memilih kasut yang cantik untuk aku
aku rindu ayah bertungkus-lumus memasak makanan kegemaran aku
aku rindu ayah mengusap rambutku sebaik sahaja pulang dari kerja
aku rindu pusing satu bandar dengan ayah untuk cari baju yang aku idamkan
aku rindu menonton konsert bersama ayah
aku rindu bermain bunga api bersama ayah
aku rindu ayah lukiskan awan untuk aku
aku rindu mendengar kritikan ayah tentang kerja rumah aku
aku rindu makan pisang goreng di warung bersama ayah
aku rindu membeli juadah berbuka puasa yang banyak bersama ayah
aku rindu ayah menemani aku membeli shampoo rambut
aku rindu ayah menemani aku membeli cream muka
aku rindu makan kenny rogers bersama ayah
aku rindu makan kedai mamak bersama ayah
aku rindu ayah siapkan pakaian aku ke sekolah
aku rindu ayah membelikan sepit rambut untuk aku
aku rindu saat-saat aku menjadi anak manja ayah
aku rindu menjadi saat-saat akulah anak kesayangan ayah
Buat ayah tercinta,
selamat hari jadi,
b sayang ayah

No comments:
Post a Comment