Friday, 28 October 2011

crazy -,-

if a single teacher cant teach students all subjects..then how could teachers expect a single student to learn all subjects?


final exam is around the corner...sighhh  -,-

kata-kata manusia

manusia
kalau ada pita rakaman
yang merakam setiap tutur kata kau
sanggupkah kau mendengarnya kembali?


manusia
kalau ada perakam video
yang merakam setiap yang kau lihat
tegarkah kau melihatnya kembali?


manusia
kalau hati kau mempunyai projector
yang menayang setiap yang terlintas di hati kau
sanggupkah kau menontonnya?


manusia
tanpa kau sedar kata-kata kau
tajam tembus hati yang lain
tanpa kau sedar
manusia lain menanggung sakit kerna kata-kata kau
aku nak pesan....
ingatkan kata-kata kau
mereka juga punya hati...


lidah kau yang tajam
mampu membunuh manusia yang tegap
lidah kau yang kejam
mampu membunuh hati yang kuat
kau tak pernah endah..
ni bukan picisan,manusia!


lidah kau adalah benteng..kalau kau tidak menjaganya...maka lihatlahhh..ia tidak pedulikan kau.



MIRAE

AKU PUNYA HATI

masa,
aku dah tak sabar melihat masa depan,
perit pedih aku menjejak yang kini,
terus disiat bisa kata-kata.

andai hati aku bisa menerawang lebih jauh
dah aku terokai angkasa
andai aku bisa lahir tanpa hati
dah aku biar hati aku tinggal di sana
agar tiada hati lain yang bisa melukakan hati aku


aku rayu
jangan pandang enteng hati aku
kau yang berkuku besi
merobek hati tanpa belas
kejam



MIRAE

Monday, 24 October 2011

Program Protokol dan Etika.

tahniah kepada group al-wasim sebab dah berjaya anjurkan program protokol dan etika di timotel hotel...kalau ada masa..sila buat lagi...makan sedap sedap lagi okay :)

pengerusi atau kata nama lain..bos :)
orang kuat kami :)
pengacara majlis yang suke bermadah pujangga
sila daftar :)
bahagia makan free :)
Add caption
penceramah jemputan :)

nak jugakkk


lelaki pun ada care jalan okay

sabar ea pailang..jangan keluar camera sangat =='

penuh etika laa tuhh


arif malu-malu jadi model =='
huhhh..tadi malu malu..orang dah xde abis korang kerjakan chicken chop tu
sighhhh
al-wasim group
model-model tercantik
program dah abis...
kami pulak nak posing
Alhamdulillah program kami berjalan dengan lancar..mungkin ade yang tercalit sana sini..tapi kami baru belajar..apa pun..tahniah al-wasim!


saje mencelah di akhiran post :)

Sunday, 16 October 2011

guys,if a girls ask you a question..you better tell her the truth,because when she asking its mean she already know the answer...so better watch out..then when you lied to her..and she doesnt give any expression and keep you explain the excuses you made..its mean she dont want to know more..and let you cheat herself because she still want you in her life..

Friday, 14 October 2011

never..

sometimes we never been disappointed by our beloved..but once we have been hurt..it might change our attitude..too many laugh through my face but too many tears deeply inside..who cares..life is too short..i dont even have chance to build everything up or maybe i just pass by the chance and ignore it..somehow..i regret..what a stupid me...but i'm begging myself to wake up...and just follow the flow and strive for flying colors in my life....in the end,its not going to matter how many breaths i took..but hw many moment took my breaths away....



with joy,
mirae

Tuesday, 11 October 2011

Kita Manusia Biasa

         Sebagai manusia,kita tak lari dari melakukan kesilapan atau nak lebih sikit..kita tak boleh lari dari kesilapan..kesilapan tu sentiasa mengejar kita..walaupun kita lari 100 meter dlm satu minit..okay ni hiperbola..Manusia datang dari pelbagai keturunan dan adat resam.Ada kata pepatah yang menegakkan maksudnya tersendiri iaitu "rambut sama hitam hati lain-lain".Tak kisah lahh orang nak cakap apa pasal pepatah ini..sekarang rambut dah macam-macam warna ke..hati kau hitam sebab kau perokok tegar ke..pepatah ini tetap diguna pakai sampai bila-bila dan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


        Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang dalam satu hari mungkin berbakul-bakul dosa kita angkut ke hulu ke hilir..tak tahu lahh orang lain..tapi aku merasakn ya bagi diri aku..kalau muhasabah diri malam-malam sebelum tidur tu..aku rasa macam..ishhh..banyaknya dosa aku hari nih..kalau ditimbang mungkin rosak alat penimbang tu.itu kalau aku laa kan..mungkin manusia lain berguni-guni pahala diorang angkut dalam satu hari..


       Pernah tak dalam satu hari itu,kita sentiasa berprasangka buruk terhadap seseorang tu..bukan sentiasa lahh..mungkin tak sengaja..tapi mesti lahh pernah kan?kita berprasangka buruk kat orang yang kita kenal dan sangat pasti pada orang yang kita tak kenal..kadang-kadang kenal pun tak..tapi punya anggapan tu macam dah bertahun je kenal kann...

"alamak aiii perempuan nih..konon lawa laa jalan macam tu.."

"eh dia ni..macam jalan bapak dia jeee.."

"macam dia sorang je ada handbag babyphat"


"iee mamat nih..budget hensem nak senyum macam tu"

"berlagak betul,macam dia sorang je pernah pegi kampung tu "


              Mungkin sikit sebanyak ada antara kita yang mungkin pernah terasa dengan tingkah laku atau percakapan seseorang dan disebabkan itu..mudah sekali kita berprasangka buruk terhadap orang lain..padahal kalau difikirkan dari segi logik akal fikiran kita,takde apa pun yang tak kena dengan orang tu..cuma mungkin  kita sebagai hamba Allah yang kerdil,tetap ada sedikit calit hitam di hati masing-masing.


               Kata orang tak kenal maka tak cinta..maksudnya laa kann..kalau kita tak kenal seseorang tu..jangan lahhh begitu mudah nak judge dia dengan macam-macam jenis tomahan..mungkin dia agak menjengkelkan kita dari segi cara dia berjalan,cara dia berpakaian atau mungkin dengan siapa dia berkawan..ya! mungkin kita tak boleh lari dari adanya perasaan seperti itu..memang perasaan itu tak boleh dikawal..tapi perasaan itu boleh dibendung..jangan terlalu cepat membenci..yelahh..kalau dah benci tu..semua yang jahat dilemparkan pada dia..yang busuk lahh dia..yang mulut longkang lahh dia..yang telinga kuali lahh dia..kalau dah benci kannn..


               Ya!memang ada antara manusia yang layak dibenci dan dihukum dengan perasaan benci daripada orang lain..tapi jangan lahh terlalu berlebihan..mungkin kita patut back to basic..cermin dulu diri kita..nilai dulu diri kita dengan akal yang celik..terlalu banyak kita membenci orang dan semestinya orang juga membenci kita dalam diam..mungkin kita merasakan..dialah kawan kita yang paling baik..kawan dunia akhirat..tapi dia juga boleh menjadi duri dalam daging..gunting dalam lipatan,..musuh dalam selimut..okay cukup..berlebih pulak ..kita harus sedar bahawa..satu jari kita menuding ke arah orang lain..empat jari lagi menuding ke arah kita..


                Tidak ada manusia yang sempurna..dan kita semua ni tergolong dalam golongan manusia..bukan malaikat..bukan alien dari planet pluto..kita sama-sama manusia dan aku yakin yang baca blog aku ni semua manusia..kita harus sedar yang nobodys perfect..jadi jangan laa kita dengan sewenang-wenangnya nak nilai seseorang tu dengan tanggapan yang tak logik..kata aku..kuman kat laut nampak..gajah depan mata tak nampak..kata aku laa..maaf kalau salah perumpamaan nih..kan lebih baik kalau kita berfikiran positif..dan bersangka baik..ya mungkin memang orang tu jahat dan terang lagi bersuluh memang dia tu lahh sejahat manusia..tapi sangat tak layak kalau kita nak hukum dia dengan seberat-berat hukuman kerana kita juga hamba Allah yang masih hidup dengan nikmat yang Allah kurniakan..bila kita memaafkan orang lain,hati kita akan lebih tenang....



          Alangkah indahnya dunia ni kalau setiap manusia memupuk sifat yang ikhlas dalam hati mereka..memaafkan dan berniat suci..aman dunia kannn..aku bukan lahh baik dan lebih betul nya aku sangat tak layak nak nasihatkan orang lain..cuma aku menulis juga untuk peringatan diri aku sendiri yang serba serbi kekurangan...



 mirae

Sunday, 9 October 2011

ouhhhhh

tiba-tiba handphone aku berbunyi.Ada message masuk.Punya semangat aku nak bukak message tu mengharap seseorang yang dinanti message aku..sekali rupa-rupanya hanyalah message dari cik maxis yang menolak credit aku kerana sos topup..ouuhhh..thank you cik maxis..

Monday, 3 October 2011

IKLAN TV DAH BERJAYA

Macam biasa,kelas dibatalkan saat-saat akhir.Aku tak marah pun..cuma seronok :)
Oleh kerana kelas takde,aku pun berjimba-jimba lah tengok tv sambil basuh baju yang bertimbun aku bawak balek lepas camping..camping aku tiga hari dua malam memang penat..tapi okay laa..banyak yang dipelajari..selagi hidup ni kenelah banyak pengalaman nak dicari..takkan esok dah beranak-pinak baru terduyung-duyung nak pegi camping..selisih malaikat empat puluh empat.

Ada satu aktiviti,jalan malam di tengah-tengah hutan seorang diri..haa..sikit punya panjang aku bagi nama.But seriusly,aktiviti ni menuntut kami pelajar-pelajar politeknik semester1 berjalan seorang diri di dalam hutan sejauh 100 kaki(agaknya laaa) pada jam 1 pagi..wattttheeeee...ekau gilo ko apo?

ini macam satu paksaan..siapa yang sanggup?aku rasa budak laki pun macam good-good je bajek berani nak buat aktiviti tu..tapi terpaksa..seriusly,TERPAKSA!

hutan yang gelap gelita,gambar ni terang sikit



Aku tak percaya aku berjaya jalan sejauh itu dalam hutan yang gelap gelita.Mungkin kerana paksaan Cik Ken.Aku rasa macam Cik Ken jerit kat aku "kau masuk hutan tu..masuk sekarang!"
Mungkin imaginasi aku je kot..suka-suka je nak paksa orang masuk hutan.Bagilah bekalan macdonalds ke,nugget ke..ade laa makan sikit dalam perjalanan nanti...sighhhh


Punye panjang cerita aku.Bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya.Camping ni tak cukup menarik nak dicoretkan di sini.Aku nak cerita pasal iklan tv yang berjaya menaikkan nafsu aku.Iklan tersebut ialah iklan coklat Zess.Tahu tak coklat zess ni?ke tak tahu?yelaaaa..biasa orang nak coklat cadbury..ferrero rocher ke toblereno keee....kan kan kan.

Masa aku khusyuk tengok tv,muncullah iklan ni..Budak dalam iklan ni berjaya buat aku terliur dengan cara dia makan.Makan sampai tertutup-tutup mata.Macam mengunyah sesuatu yang lazat lalu dimasuk ke dalam mulut..satu sebatian yang enak di makan pada pagi yang hening  ramuan yang lazat empuk sangat nikmat....aku tertarik..tahniah budak sebab berjaya perdayakan aku.Tahniah!


Aku pun macam ibu mengandung ajak wani cari coklat tu kat watsons..tapi takde...kecewa..aku bukan lah penggemar coklat..kalau orang lain boleh gila pasal coklat..kalau boyfriend bagi coklat macam dapat istana emas punya besar..tapi aku..aku tak suka sangat coklat niii..tak tahu laa kenapa..


haa...aku siap google coklat ni..rupe-rupenye 30sen jeee...


Nanti aku nak cari coklat ni...aku betul-betul teringin.

Post for My Hero

          3 Oktober-Selamat Hari Lahir yang ke 46 untuk hero aku,Encik Din bin Ariff...Semoga ayah berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.B doakan ayah memperoleh kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat.B sayangkan ayah.


          Aku bertanya pada diri aku sendiri,apa yang akan jadi pada aku sekiranya ayah tiada dalam dunia ini.Maka jawab hati aku,gelap lah dunia aku,hati aku sentiasa sejuk,aku tak mampu mendongak ke atas memandang langit terang.Ayah segala-galanya bagi aku.Terlalu besar erti ayah dalam hidup aku



             aku persembahkan kasih dan sayang yang tidak terhingga untuk ayah
             aku hantar doa yang menggunung kepada Tuhan untuk ayah
             aku masih di sini,meneruskan hidup kerana ayah.


kalau dikenang yang dulu
tidak tergambar rindunya aku pada kenangan aku dan ayah
aku rindu cerita sang kancil yang menemani aku sebelum tidur
aku rindu ayah mengikat rambut aku tiap-tiap hari sebelum ke sekolah
aku rindu ayah memilih baju kurung untuk aku saat aku kecil
aku rindu ayah memilih kasut yang cantik untuk aku
aku rindu ayah bertungkus-lumus memasak makanan kegemaran aku
aku rindu ayah mengusap rambutku sebaik sahaja pulang dari kerja
aku rindu pusing satu bandar dengan ayah untuk cari baju yang aku idamkan
aku rindu menonton konsert bersama ayah
aku rindu bermain bunga api bersama ayah
aku rindu ayah lukiskan awan untuk aku
aku rindu mendengar kritikan ayah tentang kerja rumah aku
aku rindu makan pisang goreng di warung bersama ayah
aku rindu membeli juadah berbuka puasa yang banyak bersama ayah
aku rindu ayah menemani aku membeli shampoo rambut
aku rindu ayah menemani aku membeli cream muka
aku rindu makan kenny rogers bersama ayah
aku rindu makan kedai mamak bersama ayah
aku rindu ayah siapkan pakaian aku ke sekolah
aku rindu ayah membelikan sepit rambut untuk aku
aku rindu saat-saat aku menjadi anak manja ayah
aku rindu menjadi saat-saat akulah anak kesayangan ayah

Buat ayah tercinta,
selamat hari jadi,
b sayang ayah