Sebagai manusia,kita tak lari dari melakukan kesilapan atau nak lebih sikit..kita tak boleh lari dari kesilapan..kesilapan tu sentiasa mengejar kita..walaupun kita lari 100 meter dlm satu minit..okay ni hiperbola..Manusia datang dari pelbagai keturunan dan adat resam.Ada kata pepatah yang menegakkan maksudnya tersendiri iaitu "rambut sama hitam hati lain-lain".Tak kisah lahh orang nak cakap apa pasal pepatah ini..sekarang rambut dah macam-macam warna ke..hati kau hitam sebab kau perokok tegar ke..pepatah ini tetap diguna pakai sampai bila-bila dan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang dalam satu hari mungkin berbakul-bakul dosa kita angkut ke hulu ke hilir..tak tahu lahh orang lain..tapi aku merasakn ya bagi diri aku..kalau muhasabah diri malam-malam sebelum tidur tu..aku rasa macam..ishhh..banyaknya dosa aku hari nih..kalau ditimbang mungkin rosak alat penimbang tu.itu kalau aku laa kan..mungkin manusia lain berguni-guni pahala diorang angkut dalam satu hari..
Pernah tak dalam satu hari itu,kita sentiasa berprasangka buruk terhadap seseorang tu..bukan sentiasa lahh..mungkin tak sengaja..tapi mesti lahh pernah kan?kita berprasangka buruk kat orang yang kita kenal dan sangat pasti pada orang yang kita tak kenal..kadang-kadang kenal pun tak..tapi punya anggapan tu macam dah bertahun je kenal kann...
"alamak aiii perempuan nih..konon lawa laa jalan macam tu.."
"eh dia ni..macam jalan bapak dia jeee.."
"macam dia sorang je ada handbag babyphat"
"iee mamat nih..budget hensem nak senyum macam tu"
"berlagak betul,macam dia sorang je pernah pegi kampung tu "
Mungkin sikit sebanyak ada antara kita yang mungkin pernah terasa dengan tingkah laku atau percakapan seseorang dan disebabkan itu..mudah sekali kita berprasangka buruk terhadap orang lain..padahal kalau difikirkan dari segi logik akal fikiran kita,takde apa pun yang tak kena dengan orang tu..cuma mungkin kita sebagai hamba Allah yang kerdil,tetap ada sedikit calit hitam di hati masing-masing.
Kata orang tak kenal maka tak cinta..maksudnya laa kann..kalau kita tak kenal seseorang tu..jangan lahhh begitu mudah nak judge dia dengan macam-macam jenis tomahan..mungkin dia agak menjengkelkan kita dari segi cara dia berjalan,cara dia berpakaian atau mungkin dengan siapa dia berkawan..ya! mungkin kita tak boleh lari dari adanya perasaan seperti itu..memang perasaan itu tak boleh dikawal..tapi perasaan itu boleh dibendung..jangan terlalu cepat membenci..yelahh..kalau dah benci tu..semua yang jahat dilemparkan pada dia..yang busuk lahh dia..yang mulut longkang lahh dia..yang telinga kuali lahh dia..kalau dah benci kannn..
Ya!memang ada antara manusia yang layak dibenci dan dihukum dengan perasaan benci daripada orang lain..tapi jangan lahh terlalu berlebihan..mungkin kita patut back to basic..cermin dulu diri kita..nilai dulu diri kita dengan akal yang celik..terlalu banyak kita membenci orang dan semestinya orang juga membenci kita dalam diam..mungkin kita merasakan..dialah kawan kita yang paling baik..kawan dunia akhirat..tapi dia juga boleh menjadi duri dalam daging..gunting dalam lipatan,..musuh dalam selimut..okay cukup..berlebih pulak ..kita harus sedar bahawa..satu jari kita menuding ke arah orang lain..empat jari lagi menuding ke arah kita..
Tidak ada manusia yang sempurna..dan kita semua ni tergolong dalam golongan manusia..bukan malaikat..bukan alien dari planet pluto..kita sama-sama manusia dan aku yakin yang baca blog aku ni semua manusia..kita harus sedar yang nobodys perfect..jadi jangan laa kita dengan sewenang-wenangnya nak nilai seseorang tu dengan tanggapan yang tak logik..kata aku..kuman kat laut nampak..gajah depan mata tak nampak..kata aku laa..maaf kalau salah perumpamaan nih..kan lebih baik kalau kita berfikiran positif..dan bersangka baik..ya mungkin memang orang tu jahat dan terang lagi bersuluh memang dia tu lahh sejahat manusia..tapi sangat tak layak kalau kita nak hukum dia dengan seberat-berat hukuman kerana kita juga hamba Allah yang masih hidup dengan nikmat yang Allah kurniakan..bila kita memaafkan orang lain,hati kita akan lebih tenang....
Alangkah indahnya dunia ni kalau setiap manusia memupuk sifat yang ikhlas dalam hati mereka..memaafkan dan berniat suci..aman dunia kannn..aku bukan lahh baik dan lebih betul nya aku sangat tak layak nak nasihatkan orang lain..cuma aku menulis juga untuk peringatan diri aku sendiri yang serba serbi kekurangan...
mirae
No comments:
Post a Comment